NOVEL :DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

BAB 3:Azlina: kerana Abang

Azlina turut kepenatan namun dia tidak mahu menunjukkan keletihannya kepada Firdaus kerana dia telah berjanji dengan Johari. Azlina berharap agar Firdaus akan berasa tercabar dengan semangatnya dan berusaha untuk mengatasinya. Azlina teringat akan kata-kata Abang Johari yang mempunyai banyak pengetahuan kerana rajin membaca buku. Johari menganggap bahawa membaca itu satu keperluan dan bukannya sebagai hobi. Azlina tersedar daripada lamunan dan mulai bimbang apabila tidak melihat Johari dan Firdaus di belakang. Azlina berhenti di gerai air tebu milik seorang perempuan. Penjual air tebu kagum dengan semangat Azlina yang sanggup berbasikal dari Klang hingga sampai di gerainya., sambil menunggu Johari dan Firdaus , Azlina teringat akan abangnya yang tampan tetapi tingkahlakunya agak keperempuanan.

Walaupun Azlina sering mengajak abangnya berjoging supaya badan abangnya menjadi tegap namun Firdaus tidak mahu memenuhi ajakan Azlina. Lalu Azlina sering menyindir Firdaus dengan tujuan untuk merangsang abangnya agar mengubah tingkah laku. Azlina berharap perjalanan ini akan mengubah sikap abangnya. Lamunan Azlina terhenti apabila mendengar bunyi hon kereta BMW. Azlina lega apabila melihat Johari dan Firdaus menghampirinya. Johari menyatakan mereka lambat kerana menunggu Firdaus berehat. Azlina menyindir Firdaus namun Firdaus hanya menundukkan kepalanya membuatkan Azlina kecewa dengan sikap abangnya itu.

Comments

Popular Posts