NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

BAB 6 :Johari :Api itu mesti dipadamkan

Johari bimbang dengan dendam yang membina dalam diri Firdaus. Namun dia juga apabila Azlina menyatakan bahawa Firdaus memang cepat marah apabila penat. Azlina tetap meneruskan kayuhan walaupun luka di tangan. Johari memuji sikap Azlina yang tahan menghadapi kesakitan. Johari memikirkan disiplin pemandu kenderaan yang masih tidak berubah walaupun telah banyak cadangan dan teguran diberikan oleh pihak tertentu dalam akhbar. Johari mempercepat kayuhan dan menyaingi Firdaus. Tujuannya adalah untuk memadamkan perasaan dendam dan tidak puas hati dalam diri Firdaus. Johari cuba berbual-bual dengan Firdaus.Namun Firdaus tidak menunjukkan apa-apa berbual-bual dengan Firdaus. Namun Firdaus tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

BAB 7:Firdaus Tidak Kuduga

Firdaus masih memikirkan tindakan Johari yang memarahinya kerana mengucapkan perkataan sakit kepada Azlina. Firdaus menganggap Johari tidak adil kepada dirinya.Perasaan Firdaus bertukar gembira apabila sampai di Pantai Morib Baru. Firdaus bangga kerana berjaya sampai ke Morib dengan berbasikal.Firdaus tidak menyangka ketibaannya di Morib disambut oleh Moksin, Sazali,Salim dan Mokhtar.

Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus dan bangga kerana Firdaus berjaya berbasikal ke Morib. Firdaus mulai berbohong apabila mengatakan bahawa mereka lambat sampai di Morib kerana Azlina asyik berehat ketika dalam perjalanan. Firdaus juga terkejut apabila melihat Erma, Zarina dan Mazlinda keluar dari khemah menyambut ketibaanya.

BAB 8:

Comments

Popular Posts