NOVEL DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

Bab 4 : Johari :Antara mereka berdua

Johari tidak mahu menghiraukan Firdaus yang keletihan. Oleh sebab terlalu dimanjakan, Firdaus tidak boleh berdikari. Walaupun berkali-kali Firdaus mempersoalkan perjalanan gila yang dilakukan oleh mereka namun Johari tidak mahu mengendahkan rungutan Firdaus. Johari berharap agar Firdaus dan Azlina akan menjadi remaja yang lebih lasak, pandai berdikari dan berani apabila mereka menyahut cabaran datuk. Johari berharap kepenatan yang dihadapi oleh mereka dapat memberikan kesedaran tentang penat lelah ibu bapa membesarkan mereka. Johari turut membandingkan perbezaan sikap Firdaus dengan Azlina yang baginya seperti langit dan bumi. Firdaus hanya asyik memikirkan kepenatan sehingga terlupa melihat alam sekeliling sementara Azlina lebih berstamina dan peka dan bersikap kritis. Azlina juga suka mengkritik dan tidak melenting apabila dikritik manakala Firdaus suka mengkritik tetapi tidak gemar dirinya dikritik. Azlina menyindir Firdaus supaya dia menaiki bas apabila Firdaus asyik merunggut kepenatan. Johari berharap agar Firdaus menyahut cabaran adiknya namun Firdaus masih bersikap negatif.

Dalam perjalanan Johari menunjukkan kepada Azlina dan Firdaus rumah lahirnya jaguh-jaguh badminton negara, iaitu Misbun,Razif,Jalani dan Rashid. Azlina menunjukkan minat untuk mengetahui kisah keluarga Haji Sidek namun Firdaus tidak berminat. Sikap Firdaus ini menyebabkan sekali lagi lagu cinta. Firdaus begitu marah dan terus mengayuh basikal meninggalkan Azlina dan Johari.

Comments

Popular Posts