NOVEL DESTINASI IMPIAN

BAB 2:Firdaus :Penyesalan sepanjang perjalanan

Firdaus kepenatan. Dia berasa menyesal menyertai rancangan Johari dan Azlina. Firdaus menganggap kayuhan berbasikal merupakan perjalanan gila. Firdaus teringat kembali cabarab daripada datuk yang menganggap orang muda sekarang tidak tahan lasak berbanding dirinya yang boleh berbasikal ke Banting sejauh 30 atau 35 batu atau 50 kilometer mengikut kiraan kini dari pagi hingga petang. Cabarab datuk untuk berbasikal disambut dengan penuh semangat oleh Johari dan Azlina. Namun Firdaus berasa keberatan dan tidak yakin mampu melakukan kayuhan sejauh 50 kilometer .Namun setelah dicabar oleh Azlina yang mengatakan Firdaus pengecut maka Firdaus akhirnya setuju menyertai Johari dan Azlina.

Hasrat Firdaus berbasikal menjadi bahan ejekan rakannya.Moksin dan Sazali. Mereka menganggap Firdaus lebih sesuai menolong ibunya memasak,mengemas rumah,mencuci baju dan mengubah bunga. Moksin bercadang untuk menunggu Firdaus di Morib untuk memastikan sama ada Firdaus sampai dengan membonceng basikal atau menaiki bas. Firdaus terkejut dengan bunyi hon lalu terjatuh dan menyebabkan lutut dan siku kanannya luka serta berdarah. Setelah membalut luka di siku Firdaus, Johari meneruskan perjalanan.


Comments

Popular Posts