NOVEL DESTINASI IMPIAN

BAB 8: Johari:Kuinjaki Destinasi ini

Johari menenangkan Azlina yang kesal dengan sikap Firdaus kerana tidak memperdulikan mereka apabila disambut oleh rakan-rakan. Azlina berasa lega melihat abangnya gembira dengan rakan-rakannya. Johari memperkenalkan Azlina kepada rakan-rakannya iaitu Kasman bin Marjan dan Tamrin bin Salihin yang merupakan kawan sama belajar di UPM. Azlina turut diperkenalkan dengan adik Kasman, iaitu Kasmadiana.

Azlina dan Johari menemui Firdaus untuk mengucapkan tahniah kerana berjaya berbasikal ke Morib. Firdaus agak keberatan untuk menyambut tangan Johari. Azlina menyesali abangnya yang tidak mempedulikan mereka apabila Firdaus bertemu dengan rakan-rakan.



Comments

Popular Posts