NOVEL DESTINASI IMPIAN

BAB 11:Johari:Perubahan

Keesokanya, Johari dan Azlina ingin meneruskan perjalanan pulang ke Klang. Keputusan Firdaus yang mahu balik sendiri membimbangkan Azlina. Johari memujuk Azlina dengan mengatakan bahawa abangnya itu sudah menjadi lelaki yang berani dan pandai berdikari seperti yang mereka mahukan sejak sampai di Pantai Morib. Johari dan Azlina meninggalkan Tamrin,Kasman dan Kasmadiana. Di persimpangan antara jalan besar dengan jalan ke Pantai Morib Baru, Johari memberhentikan basikal. Johari turut berasa risau kerana Firdaus enggan mengikut mereka walaupun telah dipujuk. Johari membuat keputusan untuk membiarkan sahaja Firdaus pulang sendiri walaupun Azlina berasa bimbang jika abangnya ditimpa kemalangan.

BAB 12:Firdaus: Pahit manis dalam perjalanan

Semasa bermandi-manda, Mazlinda menjerit-jerit meminta tolong. Moksin mencabar Firdaus untuk menyelamatkan Mazlinda. Walaupun berasa takut namun Firdaus cuba berenang kea rah Mazlinda namun semakin dia berenang semakin dia jauh terpisah daripada Mazlinda. Firdaus meminta tolong apabila dia semakin dihanyutkan ombak ke tengah.


Johari bertanyakan keadaan Firdaus dan menerangkan kepada Firdaus bahawa dia pengsan dan dibawa ke hospital. Firdaus bertanyakan keadaan Mazlinda lalu bertanyakan orang yang menyelamatkannya. Azlina menerangkan bahawa Mazlinda yang menyelamatkan Firdaus. Mazlinda hanya berpura-pura tidak pandai berenang untuk menguji Firdaus. Firdaus berasakan bahawa kemalangan yang menimpanya adalah balasan kerana dia berbohong. Johari menasihati Firdaus agar mengukur kemampuan dii untuk menolong orang lain dan bukannya hanya disertakan perasaan tanpa pertimbangan fikiran yang bijaksana. Johari turut menasihati Firdaus jangan cepat berasa angkuh dengan kejayaan. Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Johari mahu Firdaus mengangkat muka dan berani menghadapi cabaran. Firdaus mulai insaf akan kesalahannya. Firdaus berani memandang Mazlinda, Zarina,Ema, Moksin dan Sazali apabila mengingatkan kata-kata semangat daripada Abang Johari.

Comments

Popular Posts