NOVEL DESTINASI IMPIAN

BAB 9:Azlina:Senja di pantai

Kasmadiana mengagumi semangat Azlina yang mampu berbasikal sejauh 50 kilometer ke Morib. Ketika Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana, Moksin dan Sazali datang  mengucapkan tahniah kepada Azlina. Moksin memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah untuk mencari kepastian sama ada betul atau tidak kata-kata Firdaus bahawa Azlina yang menjadi penyebab perjalanan mereka lambat kerana asyik berehat. Moksin dan Sazali meragui kata-kata Firdaus. Azlina menyatakan bahawa Moksin dan Sazali telah dibohongi oleh Firdaus. Sebelum mereka beredar, Moksin memberitahu Azlina bahawa dia mahu memaksa Firdaus mengakui pembohonganya atau Firdaus akan dicampak ke dalam laut. Azlina memberitahu hal yang diceitakan oleh Sazali dan Moksin kepada Johari. Johari tidak suka dengan sikap Firdaus yang mulai membangga diri dengan melebih-lebihkan cerita tentang dirinya supaya kawan-kawan berasa kagum. Johari setuju jika rancangan Moksin itu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada Firdaus.

BAB 10:Firdaus :Usah lupa bumi yang dipijak

Firdaus berbual-bual denganMazlinda sambil Mazlinda memuji dan mengagumi Firdaus yang dianggapnya lelaki gagah kerana boleh berbasikal sejauh 50 kilometer. Mazlinda menganggap Firdaus juga pandai berenang. Kenyataan Mazlinda ini diakui oleh Firdaus walaupun hakikatnya dia tidak berapa pandai berenang. Mazlina mahu Firdaus membuktikan dahulu kehandalannya berenang sebagai bukti sebelum mempercayai kata-kata Firdaus. Kedatangan Sazali dan Moksin sambil mengatakan bahawa mereka mengetahui satu rahsia menimbulkan tanda Tanya di hati Firdaus. Firdaus dapat merasakan bahawa ketawa Moksin dan Sazali seolah-olah sedang mengejeknya.


Firdaus bermimpi Azlina memarahinya kerana menuduhnya yang melambatkan perjalanan. Firdaus berasa puas apabila melihat Azlina marah. Abang Johari dating sambil mengingatkannya bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah dengan kejayaan yang dicapai bukannya bersikap angkuh. Dalam mimpi itu juga, Firdaus melihat Sazali dan Moksin mengatakan bahawa dia seorang pembohong. Mereka mencampakkanya ke dalam air. Firdaus cuba berenang tetapi gagal. Firdaus menjerit meminta tolong. Tiba-tiba Firdaus dikejutkan daripada tidur oleh Moksin. Firdaus mulai berasa bersalah dengan tindakanya yang menjauhi Azlina dan Johari kerana sakit hati.

Comments

Popular Posts