PERSOALAN DESTINASI IMPIAN

Persoalan

1.Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia
-Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia jelas pada papan tanda.Semasa mengambil gambar papan tanda Azlina dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa Malaysia yang ditulis pada papan tanda tersebut. Pada papan tanda pertama ditulis:

AWAS LUBANG ADA DEPAN!
Sepatutnya : Awas! Ada lubang di hadapan

PELAN-PELAN JALAN,DEPAN KERJA JALAN
Sepatutnya:Jalan perlahan-lahan ,kerja pembaikan sedang dijalankan.

-Bagi Johari, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menggunakan bahasa Malaysia dengan betul dan mengelakkan pencemaran bahasa Malaysia.

2.Sikap pemandu
-Sikap pemandu yang tidak berdisiplin menyebabkan kemalangan berlaku. Johari berpendapat tahap disiplin pemandu di negara ini masih rendah. Ribuan nyawa hilang dan harta benda berjuta-juta ringgit musnah kerana kemalangan jalan raya. Bagi Johari,pendidikan tentang keselamatan jalan raya mesti diajar bermula dari sekolah rendah hingga universiti. Dengan pendidikan yang berterusan, akan terbentuk pengguna jalan raya yang bertimbang rasa.

3.Tanah terbiar
-Tanah terbiar merugikan negara. Johari menganggap jika tanah terbiar diusahakan sudah pasti akan mendatangkan pendapatan sehingga ribuan ringgit. Tanah yang ada perlu diusahakan bukannya dibiar menjadi taman lalang.


4.Akibat memanjakan anak
-Anak tidak boleh berdikari akibat sikap ibu bapa yang memanjakan mereka. Setelah mendapat empat anak perempuan, ibu bapa Firdaus terlalu megharapkan anak lelaki. Apabila Firdaus lahir, dia diberikan kasih sayang yang secukupnya. Semua kehendaknya dituruti. Akibatnya, Firdaus tidak boleh berdikari dan tidak berani menghadapi cabaran hidup.

5.Keangkuhan setelah berjaya
-Sikap angkuh dengan kejayaan perlu dihapuskan dalam diri. Akibat angkuh dengan kejayaannya yang tiba dahulu di Pantai Morib Baru, Firdaus lupa diri terutama selepas mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada rakan-rakannya. Firdaus melupakan pengorbanan Azlina dan JOhari membantu dan menunggang sepanjang perjalanan. Firdaus melakukan pembohongan demi pembohongan supaya rakan-rakannya kagum dengan dirinya. Antara pembohongan Firdaus ialah Firdaus mengatakan bahawa perjalananya lambat kerana Azlina yang asyik mahu berehat dan dia mengakui kehebatannya berenang walaupun hakikatnya tidak sedemikian. Sikap angkuhnya menjerat diri sendiri apabila dia lemas ketika menyelamatkan Mazlinda.

6.Keburukan sikap dendam
-Sikap dendam tidak akan mendatangkan kebaikan kepada seseorang. Firdaus berdendam dengan Johari dan Azlina. Firdaus berasa marah dan kecil hati apabila disindir oleh Azlina.Firdaus juga marah apabila Johari menegur perbuatannya yang menyindir dan tidak membantu Azlina ketika Azlina cedera jatuh basikal. Sikap dendam ini menyebabkan Firdaus menjauhi diri daripada Johari dan rakannya dengan mengatakan bahawa perjalannnya lambat kerana Azlina asyik mahu berehat. Dendam yang membara dalam jiwa Firdaus menyebabkan dia tidak mempedulikan Azlina dan Johari ketika berkhemah di Pantai Morib Baru sebaliknya lebih suka menghabiskan masa bersama sahabat-sahabatnya. Firdaus sanggup melupakan susah payah dan bantuan Johari serta Azlina sepanjang perjalanan sehingga dia berjaya sampai ke Pantai Morib Baru semata-mata kerana melayan sakit hati.

7.Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan diperoleh melalui pembacaan luas. Azlina mengagumi Johari yang rajin membaca buku. Johari menganggap ‘membaca’ itu satu keperluan. Membaca bukan sahaja hobi pada masa lapang. Johari juga banyak menghabiskan duit membeli buku, majalah dan akhbar. Johari tidak suka menonton televisyen atau wayang. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku. Bagi Johari membaca merupakan alat pengukur kemajuan manusia.

8.Kebijaksanaan membuat keputusan

Kebijaksanaan membuat keputusan melalui pertimbangan akal yang waras. Johari bijak membuat keputusan apabila meminta menjadikan keputusan Azlina sebagai undi penentu sama ada mereka akan meneruskan atau menamatkan perjalanan. Johari tidak mahu menjadi diktator sebaliknya mengaplikasikan amalandemokrasi dalam membuat keputusan. Johari turut menasihati Firdaus agar bijak membuat keputusan mengikut kemampuan diri dan kewarasan akal agar tidak mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Sikap Firdaus yang hanya mengikut pertimbangan perasaan dan emosi menyebabkan dia lemas ketika ingin menyelamatkan Mazlinda.

9.Semangat tinggi menghadapi cabaran

Semangat yang tinggi amat penting untuk menempuhi cabaran yang dihadapi. Walaupun Azlina perempuan namun dia mempuntyai semangat yang tinggi untuk berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina tidak mahu menunjukkan keletihannya kepada Firdaus agar Firdaus bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Semangat tinggi Azlina turut dikagumi oleh peniaga air tebu dan Kasmadiana. Mereka mengagumi semangat Azlina yang sanggup berbasikal dari Klang hingga ke Pantai Morib Baru.

10.Kepentingan tempat bersejarah

Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah. Sepanjang perjalanan Johari sering menunjukkan tempat-tempat bersejarah kepada Azlina dan Firdaus. Contohnya Masjid Sultan Sulaiman, Kolej Islam Sultan Alam Shah yang merupakan sekolah berasrama penuh yang terkenal di Klang dan Istana Mahkota. Johari juga menunjukkan kepada Azlina dan Firdaus rumah keluarga Haji Sidek yang telah melahirkan jaguh-jaguh badminton negara, iaitu Misbun, Razif, Jalani dan Rashid melalui Banting.

11.Kepentingan bersukan

Sukan mampu meningkatkan stamina dan ketahanan diri. Johari tidak mengeluh kepenatan kerana telah berbasikal sejak di sekolah rendah hingga menjadi pelajar Universiti Putra Malaysia. Azlina juga cergas berbasikal kerana dia biasa berjoging pada setiap hari. Sebaliknya, Firdaus yang tidak gemar bersukan menyebabkan dia sering mengeluh kepenatan dalam perjalanan.



Comments

Post a Comment

Popular Posts