PLOT DESTINASI IMPIAN

BINAAN PLOT

Permulaan

Pengarang memperkenalkan watak Firdaus, Johari dan Azlina pada permulaan cerita. Firdaus sering mengeluh kepenatan manakala Azlina mempunyai hobi mengambil gambar. Firdaus meminta Johari untuk tidak meneruskan perjalanan. Johari meminta pendapat Azlina. Azlina memilih untuk meneruskan perjalanan. Firdaus tidak berpuas hati dengan keputusan undi., Dari Kampung Bukit Kapar,mereka berbasikal menuju ke Meru, kemudian ke Klang. Dalam perjalanan Johari menunjukkan tempat-tempat yang menarik dan mempunyai nilai sejarah kepada Azlina dan Firdaus seperti Masjid Sultan Sulaiman, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Istana Kota. Mereka meneruskan kayuhan melewati Kampung Jawa dan terus ke Jalan Kebun.

Perkembangan

1.Azlina melihat kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda ketika berhenti rehat di penghujung Jalan Kampung Johan Setia.
2.Firdaus kepenatan. Dia menyesal menyertai rancangan Johari dan Azlina. Firdaus menganggap kayuhan berbasikal merupakan perjalanan gila. Firdaus teringat kembali cabaran daripada datuk yang menganggap orang muda sekarang tidak tahan lasak berbanding dirinya yang boleh berbasikal ke Banting sejauh 30-35 batu atau 50 kilometer mengikut kiraan kini dari pagi hingga petang.Cabaran datuk untuk berbasikal disambut dengan penuh semangat oleh Johari dan Azlina.
3.Firdaus terkejut dengan bunyi hon lalu terjatuh dan menyebabkan lutut dan siku kanannya luka serta berdarah.
4.Azlina teringat akan kata-kata Abang Johari yang mempunyai banyak pengetahuan kerana rajin membaca buku. Johari menganggap bahawa membaca itu satu keperluan dan bukannya sebagai hobi.
5.Johari membandingkan perbezaan sikap Firdaus dengan Azlina yang baginya seperti langit dengan bumi. Firdaus hanya asyik memikirkan kepenatan sehingga terlupa melihat alam sekeliling sementara Azlina lebih berstamina dan peka serta bersikap kritis. Azlina juga suka mengkritik dan tidak melenting apabila dikritik manakala Firdaus suka mengkritik tetapi tidak gemar dirinya dikritik.
6.Azlina menyindir abangnya yang lebih suka kepada hiburan dan menyanyikan lagu cinta. Firdaus begitu marah dan terus mengayuh basikal meninggalkan Azlina dan Johari.
7.Johari bimbang dengan dendam yang membara dalam diri Firdaus. Johari cuba berbual-bual dengan Firdaus. Namun Firdaus tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
8.Firdaus tidak menyangka ketibaanya di Morib disambut oleh Moksin,Sazali dan Salim dan Mokhtar. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus dan bangga kerana Firdaus berjaya berbasikal ke Morib. Firdaus mulai berbohong apabila mengatakan bahawa mereka lambat sampai di Morib kerana Azlina asyik berehat seketika dalam perjalanan. Firdaus juga terkejut apabila melihat Erma,Zarina dan Mazlinda keluar dari khemah menyambut ketibaanya.
9.Moksin dan Sazali bertemu Azlina untuk mencari kepastian sama ada betul atau tidak kata-kata Firdaus bahawa Azlina yang menjadi penyebab perjalanan mereka lambat kerana asyik berehat.Azlina menyatakan bahawa Moksin dan Sazali telah dibohongi Firdaus.
10.Firdaus bermimpi Azlina memarahinya kerana menuduhnya yang melambatkan perjalanan.Firdaus berasa puas melihat Azlina marah.Abang Johari datang sambil mengingatkannya bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah dengan kejayaan yang dicapai bukannya bersifat angkuh.
11.Johari dan Azlina meneruskan perjalanan pulang ke Klang. Keputusan Firdaus yang mahu balik sendiri membimbangkan Azlina. Azlina berasa bimbang jika abangnya ditimpa kemalangan.
12.Firdaus dan rakan-rakannya mandi manda . Tiba-tiba Firdaus melihat Mazlinda dipukul ombak lalu tenggelam.Mazlinda menjerit meminta tolong. Moksin mencabar Firdaus agar menyelamatkan Mazlinda.

Comments

Popular Posts