TEKNIK PLOT5

Imbas Kembali

1.Firdaus mengingat kembali perbualan antara dirinya, Azlina dan Johari dengan datuk. Datuk menganggap generasi muda sekarang lemah dan tidak tahan lasak. Datuk mencabar mereka untuk berbasikal sejauh 50 kilometer. Johari dan Azlina berani menyahut cabaran datuk. Firdaus mengikuti mereka kerana tidak mahu dikatakan pengecut.

2.Azlina teringat kembali bahawa dia pernah mendengar emaknya bercerita kepada seorang jiran tentang Firdaus menjadi lemah lembut kerana adik-adiknya semua perempuan. Azlina juga teringat bahawa dia tidak pernah melihat Firdaus bermain bola sepak,sepak takraw atau badminton. Masanya banyak dihabiskan di rumah dengan menonton televisyen atau menolong kakak menggubah bunga dan memasak.

3.Johari teringat kembali bahawa dia pernah terbaca dalam akhbar oleh seorang pengarang yang mengelarkan dirinya sebagai " Penunggang Basikal Tua" tentang pendidikan keselamatan jalan raya yang mesti dimulai dari sekolah rendah dan diteruskan hingga ke universiti. Dengan menerima pendidikan yang sebegitu panjang tempohnya, pasti terbentuk pengguna jalan raya yang bertimbang rasa.

4.Firdaus teringat akan Johari dan Azlina. Sejak sampai di Pantai Morib, Firdaus belum lagi ke khemah mereka kerana sakit hati dengan mereka. Malah Firdaus berusaha untuk menjauhi mereka.

Comments

Popular Posts